I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

ahlan wasahlan !


Monday, May 23, 2011

rakanku...n0velis..


ini zuraidah othman..salah seorang sahabat fb ku..tak sangka rupanya dia ni penulis novel terkenal....dia sangat baik dan peramah...kelakar..setiap perkataan yg keluar dari komen2 kat fb ku buat aku selalu tertawa...aku sangat banggalah jadi sahabatnya...dgn izin Allah kami dapat jua berjumpa di PWTC semasa pameran buku hari tu...memang dia kepala baik punyalah...huhu...comel pun comel orangnya tapi kememehlah jugak...kuat ketawa dan kuat menangis....hahahaa...ini sajalah coretanku pada hari ini...cite byk2 pasal idah ni nanti melambong pulak puji dia...ni laa buku nyee...tu jeaa..
assalammualaikum....

Thursday, May 19, 2011

kawan baikKU JUGA ni...teman FB..

ni nina..dia sangat kelakar..salah seorang rakan fb ku jugak...sama macam Teh adzian..teman untuk mengadu suka dan duka....yg seorang lagi tu adik sepupu ku intan...dia memang satu kepala dgn aku...kaki buat kuih pulak tu...tempat aku mengadu jugak....hehehee



yang ni adik angkat fbku yg paling memahami aku...banyak beri aku nasihat...kuat berleter sikit..hahahahaa  tapi kememeh jugak macam aku...huhu

ok je untuk hari ni...assalamualaikum...

Sunday, May 15, 2011

Di dalam cermin diri..

Di dalam cermin itu
dia menanggalkan dirinya
untuk melihat sebuah kesilapan
di antara parut kenangan
dan calar pengalaman
Di dalam cermin itu
dia membalut hatinya
dengan bunga-bunga harap
yg kembang tak mewangi
Di dalam cermin itu
dia melukis pelangi
dan senja
Di dalam cermin itu
dia menyarung jarinya
dengan cincin keyakinan
berukir semangat dan wawasan
Di dalam cermin itu
dia tersenyum melihat malu
yang bersembunyi
di sebalik mimpi semalam
Di dalamcermin itu
dia pun melangkah
pulang ke negeri takdir...
~aku sentiasa pasrah~

Thursday, April 14, 2011

rakan "FACEB00K"..tersayang..

sahabat ku yang sngat aku sayangi...
mse ni kiteorang dekat KFC,JASIN..
best tau dapat jumpa die..
hihi...0kla ni je yang dapat saya tulis..assalammualaikum..

Tuesday, March 15, 2011

hOnEyM00n..

Sekali2 bercuti dengan suami rasa seronok..selalu sibuk dengan anak2 je..tapi ok gak kan honeymoon sekali2..rasa happy betul jalan berdua..macam jalan dengan pak we..teringat zaman bercinta..huhu...tak tahu macam mana nak ucapkan rasa terimakasih pada suami yg sangat menyayangi dan mencintai aku...dia seorang suami yg sangat istimewa...melayani aku dengan sabar...mudah2an Allah memanjangkan jodoh kami..byk juga dugaan yg terpaksa kami tempuh...berkat kesabaran akhirnya kami hidup bahagia juga..tapi kene hati2 kerana hidup ini tak menjanjikan apa2...hanya perlu byk berdoa pada Allah muga kami dipanjangkan jodoh...amin...

Thursday, February 17, 2011

siapa diri kita sebenarnya...

aku suka menangis tapi bila difikir2kan buat apa menangis pada perkara yg tak mendatangkan faedah..sepatutnya kita byk menangis kerana takutkan Allah..adakah dosa2 kita diampuni..apakah kita akan kembali kepadaNYA dalam keadaan yg bersih..hiasi nurani diri dengan amal ibadah dan munajat kepadaNYA..semuga RahmatNYA sentiasa bersama ku dan keluargaku..

Tuesday, February 15, 2011

segenggam tabah...~

aku ingin jadi seorang yg sentiasa tabah..

bahagia...

semua orang ingin hidup bahagiakan..jadi kita kene cari jalan utk bahagiakan hidup kita..dengan cara sentiasa berfikiran positif..jauhkan segala yg negatif..kene menerima seadanya apa yg kita ada..kene bersyukur apa yg Allah dah berikan pada kita selama ini..kita selalu minta padaNYA apa yg kita mahukan..kadang2 dia tidak memberikan apa yg kita perlukan...kerana DIA tahu apa yg kita perlukan..ada sebab mengapa kadang2 DIA tak berikan apa yg kita minta..kerana apa yg diberikan pada kita selama ini...itulah yg terbaik buat kitakan...byknya dugaan yg telah aku tempuhi sepanjang hidupku..dalam hidup ini kene byk sabar,kerana sabar itu indah tapi kadang2 terasa susah jd orang sabar ni...hati terluka,sedih itu dah menjadi asam garam hidupkan..suka tak suka kene hadapi jua...kerana selagi kita hidup selagi itu kita akan sentiasa di uji...yg penting ingatlah Allah selalu...kerana dengan mengingatiNYA hati kita akan menjadi tenang...zikir,mengaji juga adalah satu keperluan rohani kita juga..boleh di jadikan amalan harian...aku menjadi semakin tabah sekarang...kesilapan yg lalu akan aku jadikan pngajaran...rasanya terlalu singkat dah kehidupan ini..tak tahulah ianya akan berakhir..kerana kita ini adalah milikNYA sepenuhnya..bila2 dia akan mengambilnya...semuanya pinjam-pinjaman semata..aku hanya perlu beringat dan menjaga segala yg aku miliki dengan sebaik2nya..semuga Allah sentiasa menjaga aku dan keluargaku..kerana di akhir2 ini byk sangat dugaan hidupku...aku tak mahu ianya berakhir dengan sia2...muga aku kembali kepadaNYA nanti dalam keadaan yg bersih..aku hanya ada keikhlasan hati yg selalu aku bahagikan kepada keluargaku,sahabat2 ku dan orang2 yg hampir denganku...org2 yang menyayangiku...kerana dengan keikhlasan selalunya akan kekal segala perhubungan...aku ingin hidup bahagia bersama suami dan anakku....YA ALLAH....rahmatilah kami..bahagiakan kami didunia dan di akhirat...amin...

Saturday, February 12, 2011

lagu kegemaranku~

i love this song~

aku adalah aku...

aku sangat sayang pada keluargaku...mereka adalah segala2nya bagiku...tanpa mereka siapalah aku..anak2 adalah penghipur laraku...sekarang aku sudah ada menantu dan cucu..bertambah meriah kehidupanku dengan kehadiran mereka..sangat lengkap kehidupan ku sekarang..suamiku..dia adalah insan yang di anugerahkan oleh Allah buat peneman ku di dunia yg fana ini..dia seorang yg sangat baik..dan aku bersyukur dengan segala apa yang aku ada sekarang ini...syukran..